Saturday, November 24, 2012

cuaca yang sgt menakutkan aku


Semua manusia buat silap..tapi apa yang membezakan kita samada kita belajar dari kesilapan itu
atau tidak..
Kita bercinta..kau bercinta..aku bercinta..malah jiran aku pun bercinta..
Tapi kenapa ada yang bahagia..kenapa ada yang terkandas...
Apabila jatuh cinta pada seseorang, kita selalu menggambarkannya dengan begitu sempurna di minda kita.  
Seluruh hati dan fikiran terisi dengan gambaran perasaan yang kita rasakan ketika jatuh cinta.
Oh hanya dia yang bawa bahagia..hanya dia yang bisa buat kita ketawa..dia lah kekuatan kita..
Tanpa kita sedar,kita sudah menolak fungsi mereka yang sekian lama wujud dalam kehidupan 
seharian kita.
Maka bila jalan yang dulunya sehala kini menjadi banyak cabangnya...banyak likunya..banyak pilihannya..tiba saat kita untuk jatuh rebah dan sukar untuk bernafas..seperti ada yang menyekat..seperti ada yang menghalang..itulah kesakitan...
ketika tibanya kesakitan ini,kita selalu fikir dunia sudah berakhir..jalan sudah tertutup..makan pun dah tiada rasa..pagi pun seperti gelap gelita..apatah lagi malam hilang bintangnya...
setiap hari terasa mahu hidup dalam selimut dan teruskan menangis..tapi sampai bila?tak salah untuk belai perasaan itu..tapi sampai bila?
sampai satu ketika..ketika kita rasa kehilangan dan sunyi mungkin ketika itu kita akan sedar..
ataupun dalam kesibukan dan kebisingan dunia kita akan tersedar...
sesungguhnya kita tak perlu berusaha keras untuk melupakannya..biarkan saja luka hati dan perasaan kita pulih seiring dengan putaran waktu .Apa yang perlu kita lakukan adalah menghadapi
kenyataan bahawa kali ini kita harus bergerak sendirian. 
Tenanglah,kita boleh,dan kita pasti akan  baik-baik saja.
Sebenarnya kita tak perlukan orang lain untuk tahu siapa diri kita...

No comments:

Post a Comment